Tawakal dan Berserah diri pada Allah

Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Barangsiapa berpegang teguh dengan agama Allah, nescaya Allah akan menyelamatkannya. Barangsiapa menyerahkan segala urusannya kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya petunjuk.

Solat Wajib Berjemaah..27x Pahala..

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran ;. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Taqwa Adalah Kemulian, Mati Suatu Kepastian

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad).

Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil

Sudah Solat?. Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab oleh Allah pada akhirat nanti Dan ingatlah mati, sesungguhnya malaikat maut menjenguk kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

Ucapan Kalimat Thayyibah Seorang Muslim

Kalimat thayyibah yang termasuk ke dalam amalan yang baik dan mampu membentuk pribadi sorang muslim yang selalu ingat dan berhubungan dengan Allah SWT. Dalam kehidupan sehari-hari alangkah baiknya membentuk budaya biasa mengucapkannya

Showing posts with label Rakaman Ceramah. Show all posts
Showing posts with label Rakaman Ceramah. Show all posts

13 December 2013

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Kapten Asri Abdul Khalek (12.12.2013)


NAMA: UST. KAPTN. ASRI ABDUL KHALEK.
UMUR: 39 THN.
ASAL: PANTAI REMES, PERAK.
JAWATAN: PEG. KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA.
KELULUSAN: B.A(HONS) SYARIAH & PENG. ISLAM JORDAN.
AKTIF DALAM NGO SYRIA CARE.




03 October 2013

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Zaid Tandong @ Robby Tandang (30.9.2013)

Rakaman Kuliah Zohor di Musolla Balai Felda

oleh Ust. Zaid Tandang @ Robby Tandang (Bekas Mubaligh Kristian). Beliau berasal dan menetap di Serawak. 



18 July 2013

Rakaman Kuliah Zohor: Talaqqi Al-Quran Bersama Sheikh Osama Muhammad Iqbal (17 Julai 2013)


Assalamualaikum w.b.t

Rakaman Talaqqi Al-Quran jemaah Musolla Balai Felda dengan Sheikh Osama Mohammad Iqbal.

Biodata :

Nama: Sheikh Osama Mohammad Iqbal
Umur: 33 tahun

- Guru Al-Quran di Masjid Haram dan Imam di Masjid Muhriji, Ruseifah, Makkah.
- Ijazah Al-Quran dari Masjid Haram dan Masjid Nabawi
- Bacaaan Ijazah riwayat Hafs 'asim dan bersanad sehingga Rasulullah s.a.w. daripada
         1. Dr. Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Huzaifi
         2. Dr. Skeikh Muhammed Ayuob
         3. Sheikh Abdel Rafes Bin Radwan
- BA dalam Hadith.


28 June 2013

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Idris Ibrahim (27.6.2013)

Ustaz Dr. Hj Idris Hj Ibrahim merupakan seorang Pendakwah. Mendapat pendidikan di Madrasah Darul Falah, Melaka, Madrasah An Nuriah Ad Diniah, Melaka dan Pondok Penanti, Pulai Pinang. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Madrasah Maulana Yusuf Bainduri New Towns, Pakistan. Pelajaran Tafsir Ibnu katsir diperolehi dari Syeikh Salleh di Masjid Nabawi dan Ilmu Hukum Hakam dari Sheikh Salleh al-Raghe Di Masjid Harram, Makkah. Mendapat Diploma di School of Forest, Sussex, England, BA (Hons), MA dan Ph.D dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya.


Rakaman Kuliah Zohor - Ustaz Ilyas Helmi Yusof . Tajuk "Nusyuz" (26-06-2013) Dan Artikel Mengenainya




Ustaz Ilyas Helmi Mohd Yusof, merupakan Pegawai Pembangunan Agama di Felda Holdings Bhd. Mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Qiraat dan di Darul Quran Jakim dalam jurusan Tahfiz dan Qiraat. Bekas Guru dan juga Imam di Masjid As-Salam, Puchong.


Nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja
KITA sering dengar perkataan 'nusyuz' selalunya diguna-pakai kepada isteri yang derhaka/tidak taat kepada suami tanpa keuzuran syarie. Kali ini saya kongsikan pula, nusyuz tidak tertakluk kepada isteri samata-mata, tetapi suami juga boleh nusyuz.

su ini sebenarnya sudah pun diterangkan dalam entry Suami juga boleh nusyuz.

Dikongsikan sedutan kertas-kerja Ustz Alias Othman bertajuk: ‘Huraian Al-Quran tentang nusyuz suami dan isteri: Pengertian dan penyelesaian’ yang dibentangkan semasa Wacana Wanita & Keadilan Syariah, anjuran Wanita JIM & JAWI pada 26 Mac yang lalu.

Insya Allah, semoga tiada antara para suami ahli JIM yang tergolong dalam golongan suami yg nusyuz sebagaimana yang dihuraikan dalam kertaskerja ini.

Nusyuz suami

وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير – النساء 128

“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)....”

Nusyuz suami disebut dalam ayat 128 surah al-Nisa’ yang telah dinukilkan di atas.

Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latar belakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam’ah dia akan diceraikan Rasulullah SAW, lantas dia berkata kepada Baginda SAW, “Janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri).

Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada ‘Aisyah.” Rasulullah SAW menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402).

Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn ‘Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404).

Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri.

Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini, Saidina Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya.

Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya.” (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195).

Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز dan ‘ie’radh اعراض.

1. Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya.

2. ‘ie’radh kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (said Hawa, ibid 2:1194)

Dalam mentafsirkan ayat ini, al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau ‘ie’radh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya.

Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan.

Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain. (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424)

Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan diterima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri.

Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami.

Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz. Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga.

Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad ‘Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184)

Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di pihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2; 105).

Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami.

Bila suami dianggap nusyuz

Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri.

Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari.

Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut’ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).

Tindakan isteri jika suami nusyuz

1. Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar.

2. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu’asyarah seperti disebut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف .

3. Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله.

4. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri.

Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi. Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya.

Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya. Jika ini juga tidak berhasil, maka hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh.

Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah membubarkan perkahwinan (cerai).

Dari Mu'adz r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Dan jagalah dirimu dari doa orang-orang teraniaya, kerana antara dia dengan Allah tidak ada dinding." (Shahih Muslim)

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Mohd Zain. Tajuk "Solat Jamak & Qasar dan Solat orang sakit " (25.6.2013)


Ustaz Mohamad Zain Bin Mohamad Noh merupakan seorang pendakwah. Berasal dari Raub, Pahang. Mendapat pendidikan di Darul Ulum, Pakistan dalam jurusan Hadis.

Rakaman Radio IKIM - Ustazah Prof. Dr. Muhayah "Islam Itu Indah" (19.06.2013)



Bersama-sama ini disertakan rakaman Rancangan ‘Islam Itu Indah’- Orang Berwawasan di Radio IKIM Oleh Ustazah Prof. Dr. Muhayah pada 26-06-2013 (Rabu). 

18 June 2013

Rakaman Radio IKIM - Ustaz Fadzli Al-Yamani (Persiapan Puasa)


Bersama-sama ini disertakan rakaman Rancangan ‘Tahsinul Ibadah’ (Persiapan Berpuasa) di Radio IKIM
oleh Ustz. Fadzli Al-Yamani



28 May 2013

Rakaman Kuliah Zohor - Ustaz Fadzli Ismail (27.5.2013 - Tajuk: Jampi Jibrail)



Bersama-sama ini disertakan rakaman Kuliah Zohor bertajuk Jampi Jibril di Musolla Balai Felda
oleh Ust. Fadzli Ismail pada 27-05-2013 (Isnin).


Rakaman Radio IKIM - Ustaz Jazlan Abdullah 'Ungkit Mengungkit' (28.05.2013)


Bersama-sama ini disertakan rakaman Rancangan ‘Motivasi Pagi’ bertajuk 'Ungkit Mengungkit' di Radio IKIM
Oleh Ust. Jazlan Abdullah pada 28-05-2013. 





21 May 2013

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Rozali Zahari (20.5.2013 - Tajuk : Sakratul Maut)


Ustaz Rozali Zahari adalah seorang pendakwah. Mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Al-Quran (BA) dan mendapat Master di UTM dalam jurusan Hadis.

17 May 2013

Rakaman Radio IKIM - Ustaz Jazlan Abdullah 'Motivasi Pagi - Boros' (17.05.2013)


Bersama-sama ini disertakan rakaman Rancangan ‘Motivasi Pagi’- Boros di Radio IKIM
Oleh Ust. Jazlan Abdullah pada 17-05-2013 (Jumaat). 







16 May 2013

Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Mohamad Zain (16 Mei 2013)

Ustaz Mohamad Zain Bin Mohamad Noh merupakan seorang pendakwah. Berasal dari Raub, Pahang. Mendapat pendidikan di Darul Ulum, Pakistan dalam jurusan Hadis.








Rakaman Kuliah Zohor: Ustaz Firdaus Mahadi (8 Mei 2013)



Bersama-sama ini disertakan rakaman Kuliah Zohor di Musolla Balai Felda
oleh Ust. Firdaus Mahadi 




24 April 2013

Photo Dan Rakaman Ceramah Bulan April 2013 - Ustaz Habin Faisal Mohammed

Photo-photo dan Rakaman Ceramah Agama Bulan April 2013 yang telah diadakan pada 24 April 2013 bertempat di Dewan Merak Kayangan. Penceramah adalah Yg Bhg Ustaz  Ustaz Habin Faisal Mohammed (HFM) yang bertajuk "TANYALAH USTAZ"









23 April 2013

Rakaman Kuliah Zohor - Ustaz Mad China (22 April 2013)

Ustaz Mohammad Ibrahim (Mad China) adalah seorang penceramah bebas dan juga pengasas MHI Global Trade. Beliau pernah mengikuti pelajaran Bahasa Cina di salah satu daripada universiti di Guangzhou. Beliau merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir, dan fasih berbahasa Arab, Melayu dan Inggeris. Ustaz Mohamad telah bejaya membawa beberapa kumpulan pelancong Melayu Muslim ke China terutamanya di Guangzhou. Pengalaman beliau di dalam bidang pelancongan ini akan memberi tumpuan yang khusus untuk pelancong-pelancong Melayu Muslim yang ingin melawat negara China. Semua urusan penghantaran barang-barang yang dibeli dengan kadar banyak boleh diuruskan oleh perkhidmatan perdagangan dari MHI Global Trade.

15 April 2013

Rakaman Kuliah Zohor - Ustaz Rozali Zahari (15 April 2013)


Ustaz Rozali Zahari adalah seorang pendakwah. Mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Al-Quran (BA) dan mendapat Master di UTM dalam jurusan Hadis.



26 February 2013

Kuliah Zohor - Ustaz Haryanto Rizal (25.2.2013)



Tajuk Ceramah: FIQH SUNNAH JILID 2
(Perkara Yang Dibolehkan Dalam Solat)

Ustaz Haryanto Rizal Rokman merupakan seorang pendakwah. Bertugas di Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd.


31 October 2012

Photo Dan Rakaman Ceramah Agama Bulan Oktober 2012

Gambar-gambar dan Rakaman Ceramah Agama Bulan Oktober 2012.Ceramah bertajuk TANDA-TANDA HARI KIAMAT disampaikan oleh Ustaz Shukri Harun iaitu General Manager Bi'ru Kauthar Travel Sdn Bhd. Beliau juga merupakan Pensyarah Sambilan di UIA dan USIM.

PHOTO



RAKAMAN CERAMAH



19 October 2012

Rakaman Kuliah Zohor - Ustaz Ismail Abas (17.10.2012 Tajuk: Sirah Nabawiah)

Ustaz Ismail Abas adalah seorang Pendakwah yang kerap muncul di media elektronik. Buat masa ini beliau adalah Pegawai di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More